Tetapi masalahnya apabila anda diberikan skrip untuk bercakap dengan prospek walaupun anda telah mengikut skrip tetapi masih gagal membuat temujanji. KENAPA ?
Berikut diantara sebabnya anda gagal membuat temujanji dengan prospek;
1) Anda tidak mempunyai keyakinan diri dan masih mempunyai keraguan tentang perniagaan ini.Seringkali anda merasakn diri anda bodoh sekiranya ditanya oleh prospek tentang informasi produk.Jangan takut kerana prospek tidak dapat melihat anda
2) Anda cuba menceritakan segala-galanya tentang perniagaan ini dan mengharapkan prospek akan tertarik dengan cerita anda dan bersetuju untuk berjumpa dengan anda.Tujuan membuat panggilan adalah untuk membuat temujanji dan bukanya membuat business / produk presentation..jgn jd information counter
3)Anda gagal mengawal prospek dan membiarkan dia menentukan masa,tempat dan tujuan untuk bertemu dengan anda.Anda harus mengawalnya sebagai contoh sekiranya prospek mengatakan dia mempunyai masa disebelah petang seharusnya anda yang menentukan masa dan bukanya menanyakan prospek bila dia free untuk berjumpa anda
4)Kebiasanya orang ramai mempunyai tanggapan yang serong tentang perniagaan ini dan menganggapnya sebagai satu penipuan atau scam.Cadangan saya kenapa tidak anda memulakan dengan mengatakan
"Saya ..... pengedar kepada syarikat X.Kami ingin memperkenalkan rangkaian produk kesihatan terbaik dari US yg kini berada dimalaysia .Encik/Puan pernah mencuba mana2 produk kesihatan sebelum ini ?Boleh saya berjumpa dengan Encik/Tuan/Puan untuk memberikan bahan informasi tentang produk dan syarikat X selepas waktu kerja/waktu rehat(Anda cadangkan masa)Sekiranya tidak berminat nyatakan hasrat anda untuk melakukan aktiviti promosi shaja dan tidak akan mengambil masa yang lama.
Sekiranya prospek bersetuju anda harus tetapkan masa dan tempat dan jgn menceritakan lebih panjang lebar walaupun propspek ingin tahu tentang produk atau harganya.
5)Intonasi suara anda meragukan..suara anda harus jelas , tegas tapi friendly dan cuba senyum semasa bercakap dengan prospek.Anda harus ceria semasa bercakap
6)Jangan membaca skrip..skrip sekadar "guideline".Sesuaikan dengan cara anda agar nampak natural
7)Anda tidak fikirkan apa yang anda hendak katakan sebelum membuat panggilan
8)Jangan approach prospek dengan business kerana kebiasaanya prospek mgkn pernah mengalami pengalaman pahit dgn perniagaan ini
9) Sekiranya prospek seorang wanita perkenalkan produk penjagaan kulit dan pengawalan berat badan
10) Anda mengambil masa yang terlalu lama..pastikan perbualan anda tidak melebihi 5 minit sahaja
Perbaiki cara anda bercakap dengan prospek..minta bantuan upline untuk membuat 1 atau 2 panggilan pertama untuk anda
Kebolehan membuat panggilan mampu mengubah tahap kejayaan anda didalam perniagaan ini
Selamat Mencuba