Setiap hari kita melihat muka-muka baru didalam rangkaian kita(bila tanya kenapa buat perniagaan ini semua dengan lantang menjawab nak jadi jutawan) dan sayangnya adakala tak sampai setahun mereka dah hilang,dah menceburi syarikat yang lain atau lebih teruk dah bersumpah takkan terlibat lagi dengan perniagaan jaringan.
Setiap kegagalan pasti ada penyebabnya yang mendorong untuk seseorang itu gagal.Pernahkah kita renung-renungkan atau muhasabah diri tentang kegagalan itu ?
Seringkali kita menyalahkan semua pihak tanpa menyedari kemungkinan kitalah penyebab utama kepada kegagalan itu.
Sayangnya bila kita sebut tentang perniagaan jaringan/MLM lebih ramai yang menyertai perniagaan ini kerana sekadar ingin melihat orang lain bawa kereta besar,naik stage terima award dan bintang-bintang bergemerlapan,tepuk meja sana..tepuk meja sini..menang sorak sana..menang sorak sini tapi sekadar menang sorak dan tengok orang berjaya.Tak ramai yang menyertai perniagaan ini dgn corak minda yang betul..ini sebuah perniagaan !bukan sekadar kelab menang sorak.Apabila kita sebut tentang perniagaan perkara asas kpada sesebuah perniagaan adalah pelanggan.
Pelanggan tak datang cari kita sebaliknya kita yang perlu keluar mencari pelanggan dengan memperkenalkan produk kita.Sebut jual semua anak-anak bangsa jadi takut macam tengok hantu..jual produk ?saya tak minat jual produk..tak per ler saya ingat nak berniaga burger saja..mudah..habis tuh yang pergi buka kedai burger tak payah jual burger ke?Tapi sayang semua tak nampak pada aspek jualan ini.
Untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya atau seorang CEO yang hebat perkara asas yang anda perlu mahir adalah jualan dan pemasaran.Tak kira lah apa bentuk produk atau servis anda.
Jadi perkara yang paling penting dalam sesuatu perniagaan adalah jualan.Anda perlu mempunyai ramai pelanggan yang menggunakan produk anda.Lebih ramai lebih bagus !
Ajak teman2 anda memulakan perniagaan jaringan dan bantu mereka dengan mengajar bagaimana untuk menjual produk.Dengan melakukan 2 perkara ini secara langsung anda telah melakukan penajaan/mencari pengedar baru dan menjual produk.Walaupun tidak semua rakan-rakan anda berminat memulakan perniagaan pastikan dia membeli dan menggunakan produk anda.
Membina perniagaan jaringan yang stabil memerlukan anda mempunyai pelanggan yang ramai kerana tidak semua rakan perniagaan anda atau downline yang mampu bertahan didalam perniagaan ini.Jadi jangan terpengaruh sekiranya ada pihak yang mengatakan anda tidak perlu membuat jualan hanya menaja orang sahaja boeh menjadikan anda seorang jutawan.
MEMBINA PERNIAGAN JARINGAN YANG STABIL
by Unknown , at 03.12 , has 0
komentar
About
MEMBINA PERNIAGAN JARINGAN YANG STABIL - written by Unknown , published at 03.12 . And has 0
komentar
0
komentar Add a comment
Bck